Saturday, December 31, 2011

BAB 4

Selama 3 jam keluarga Dato Ismail berada di villa Dato Khairi . Jam menunjukkan tepat 10.00 malam

“Rasti ,Rasti jom balik papa dah tunggu tu ,”kata Datin Risya , Datin Risya seakan terkejut melihat Ratis dan Iskandar sedang  berpelukkan .

“eh mama sorry Rasti tak perasan tadi, papa dah nak balik ke ma”?tanya Rasti yang sedang menahan malu.
“ye sayang, cepat papa marah nanti”jawab Datin Risya sambil melempar kan senyuman kepada Iskandar .

“mama marah ke”?tanya Rasti yang seakan rasa bersalah.

“kenapa pula mama nak marah , kamu akan jadi isteri Iskandar juga satu hari nanti ,dialah jodoh kamu” jawab Datin Risya sambil tersenyum.

Kelihatan Rasti seperti pelik dengan percakapan Datin Risya
Apa mama merepek in Iskandar jodoh aku , oh tidak bukan dia tak suka ke dengan Iskandar . bisik Rasti dalam hati nya.

“Rasti apa yang kamu menung nya itu “?tanya Dato Ismail tiba-tiba memecah kan kesunyian antara mereka bertiga .

“ha, tak ada apa-apa papa ,Rasti mengantuk dan penat je”?jawab Rasti lemah sahaja.
Datin Risya yang seakan memahami keadaan hanya tersenyum sinis .

Keadaan dalam kereta hanya sunyi sepi ,hanya kedengaran suara radio .

“abang , betul ke abang nak jodoh kan Rasti dengan Iskandar tu,”tanya Datin Risya .

“yelah , dah kita memang dah jodoh kan dia dari kecil lagi , lagi pun Khairi dah banyak tolong kita semasa di luar negara lagi kan”?jawab Dato Ismail panjang lebar .

“hmm , Risya Cuma nak tahu aje kenapa abang beria-ria sangat nak jodoh kan mereka berdua tu saya kurang senang lah dengan Iskandar itu ,”!kata Datin Risya lagi. Dia seakan-akan pelik dengan sikap suami nya itu semenjak mereka pindah ke Kuala Lumpur , Dato Ismail tidak pernah berhenti bercakap tentang penjodohan anak mereka dengan anak Dato Khairi .

“kamu tak ingat ke dia dah banyak tolong kita semasa awak tengah mengandung kan Rasti lagi dia yang tanggung semua perbelanjaan bersalin kamu “!! Jawab Dato Ismail dengan nada yang agak keras .

“papa! Mama! Betul ke apa yang Rasti dengar in , Papa Rasti tak mungkin berkhawin dengan Is , dia dah macam abang kepada Rasti , Rasti sayang dia tapi sebagai abang dia tak mungkin nak berkhawin dengan Rasti dia dah ada pilihan hati nya , tadi semasa kami berpelukan bukan sengaja , Rasti nak jatuh dia yang tolong jadi semua itu bukan disengaja kan , Rasti tak nak khawin dengan Is , mama papa mesti faham ,Rasti akan berkhawin tapi bukan dengan Is “!!panjang lebar penerangan yang diberi oleh Rasti kepada papa dengan mama nya , dia tidak pernah meningi kan suara nya kepada papa dan mama nya , tapi  kali ini dia berkeras untuk bersuara .

“sayang ,mama “kata-kata Datin Risya terputus apabila melihat Rasti keluar dari kereta .

“abang tolong ,tengok Rasti dah pergi “!!kata Datin Risya sambil mengoncangkan lengan suami nya itu.

“macam mana nak kejar lampu dah hijau ,kalau saya keluar marah orang nanti “jawab Dato Ismail sambil terus menumpu kan sepenuh perhatian kepada permanduan nya .

“abang ni , tak suka lah macam in Rasti itu mana tahu tentang dunia luar ini , dia pun baru sahaja 4 bulan datang dekat sini”kata Datin Risya lagi .

“awak boleh diam tak saya dah upah orang kita untuk jaga dia ,biar dia rasa macam mana dekat luar itu , awak jangan risau lah ye “jawab Dato Ismail , sambil mengucup dahi isteri nya.
Setiba di villa mereka berdua hanya berdiam .

“Datin , Dato mana Rasti”tanya pengawal keselamatan. Tadi dia lihat mereka bertiga sekarang hanya berdua .
“dia dah pergi”jawab Datin Risya teresak-esak.

“kenapa dengan Datin in Datuk”? tanya pembantu rumah nya kepada Datuk Ismail.

“tak ada apa-apa lah biasa lah dia baru hilang anak”jawab Dato Ismail dengan kesal .

Datuk Ismail membawa Datin Risya ke bilik mereka . Datin Risya masih menagis teresak-esak.

“sudah-sudah lah itu menangis tahu lah anak awak itu jaga diri dia bukan nya budak kecil lagi sudah 17 tahun ,lagi pun saya dah suruh orang saya jaga dia ,mungkin dia nak rasa hidup berdikari , nanti bila dia dah penat dia balik lah itu “panjang lebar penerangan yang diberi oleh Datuk Ismail kepada Datin Risya .

Mereka berdua sudah pun tertidur ,akibat penat .
back to top