Saturday, December 31, 2011

BAB 4

Selama 3 jam keluarga Dato Ismail berada di villa Dato Khairi . Jam menunjukkan tepat 10.00 malam

“Rasti ,Rasti jom balik papa dah tunggu tu ,”kata Datin Risya , Datin Risya seakan terkejut melihat Ratis dan Iskandar sedang  berpelukkan .

“eh mama sorry Rasti tak perasan tadi, papa dah nak balik ke ma”?tanya Rasti yang sedang menahan malu.
“ye sayang, cepat papa marah nanti”jawab Datin Risya sambil melempar kan senyuman kepada Iskandar .

“mama marah ke”?tanya Rasti yang seakan rasa bersalah.

“kenapa pula mama nak marah , kamu akan jadi isteri Iskandar juga satu hari nanti ,dialah jodoh kamu” jawab Datin Risya sambil tersenyum.

Kelihatan Rasti seperti pelik dengan percakapan Datin Risya
Apa mama merepek in Iskandar jodoh aku , oh tidak bukan dia tak suka ke dengan Iskandar . bisik Rasti dalam hati nya.

“Rasti apa yang kamu menung nya itu “?tanya Dato Ismail tiba-tiba memecah kan kesunyian antara mereka bertiga .

“ha, tak ada apa-apa papa ,Rasti mengantuk dan penat je”?jawab Rasti lemah sahaja.
Datin Risya yang seakan memahami keadaan hanya tersenyum sinis .

Keadaan dalam kereta hanya sunyi sepi ,hanya kedengaran suara radio .

“abang , betul ke abang nak jodoh kan Rasti dengan Iskandar tu,”tanya Datin Risya .

“yelah , dah kita memang dah jodoh kan dia dari kecil lagi , lagi pun Khairi dah banyak tolong kita semasa di luar negara lagi kan”?jawab Dato Ismail panjang lebar .

“hmm , Risya Cuma nak tahu aje kenapa abang beria-ria sangat nak jodoh kan mereka berdua tu saya kurang senang lah dengan Iskandar itu ,”!kata Datin Risya lagi. Dia seakan-akan pelik dengan sikap suami nya itu semenjak mereka pindah ke Kuala Lumpur , Dato Ismail tidak pernah berhenti bercakap tentang penjodohan anak mereka dengan anak Dato Khairi .

“kamu tak ingat ke dia dah banyak tolong kita semasa awak tengah mengandung kan Rasti lagi dia yang tanggung semua perbelanjaan bersalin kamu “!! Jawab Dato Ismail dengan nada yang agak keras .

“papa! Mama! Betul ke apa yang Rasti dengar in , Papa Rasti tak mungkin berkhawin dengan Is , dia dah macam abang kepada Rasti , Rasti sayang dia tapi sebagai abang dia tak mungkin nak berkhawin dengan Rasti dia dah ada pilihan hati nya , tadi semasa kami berpelukan bukan sengaja , Rasti nak jatuh dia yang tolong jadi semua itu bukan disengaja kan , Rasti tak nak khawin dengan Is , mama papa mesti faham ,Rasti akan berkhawin tapi bukan dengan Is “!!panjang lebar penerangan yang diberi oleh Rasti kepada papa dengan mama nya , dia tidak pernah meningi kan suara nya kepada papa dan mama nya , tapi  kali ini dia berkeras untuk bersuara .

“sayang ,mama “kata-kata Datin Risya terputus apabila melihat Rasti keluar dari kereta .

“abang tolong ,tengok Rasti dah pergi “!!kata Datin Risya sambil mengoncangkan lengan suami nya itu.

“macam mana nak kejar lampu dah hijau ,kalau saya keluar marah orang nanti “jawab Dato Ismail sambil terus menumpu kan sepenuh perhatian kepada permanduan nya .

“abang ni , tak suka lah macam in Rasti itu mana tahu tentang dunia luar ini , dia pun baru sahaja 4 bulan datang dekat sini”kata Datin Risya lagi .

“awak boleh diam tak saya dah upah orang kita untuk jaga dia ,biar dia rasa macam mana dekat luar itu , awak jangan risau lah ye “jawab Dato Ismail , sambil mengucup dahi isteri nya.
Setiba di villa mereka berdua hanya berdiam .

“Datin , Dato mana Rasti”tanya pengawal keselamatan. Tadi dia lihat mereka bertiga sekarang hanya berdua .
“dia dah pergi”jawab Datin Risya teresak-esak.

“kenapa dengan Datin in Datuk”? tanya pembantu rumah nya kepada Datuk Ismail.

“tak ada apa-apa lah biasa lah dia baru hilang anak”jawab Dato Ismail dengan kesal .

Datuk Ismail membawa Datin Risya ke bilik mereka . Datin Risya masih menagis teresak-esak.

“sudah-sudah lah itu menangis tahu lah anak awak itu jaga diri dia bukan nya budak kecil lagi sudah 17 tahun ,lagi pun saya dah suruh orang saya jaga dia ,mungkin dia nak rasa hidup berdikari , nanti bila dia dah penat dia balik lah itu “panjang lebar penerangan yang diberi oleh Datuk Ismail kepada Datin Risya .

Mereka berdua sudah pun tertidur ,akibat penat .

Friday, December 30, 2011

BAB 3

“Ismail lama dah kita tak bertemu kan “?tanya  Dato Khairi kepada Dato Ismail

“adalah dalam 2 3 tahun semenjak Rasti ni pindah sekolah kan”berdekah ketawa mereka berdua ketika masuk ke dalam villa.

“Dato semua nya sudah siap “kata pembantu rumah Dato khairi .

“jomlah kamila ,Ismail ,Rasti ,Risya ,kita makan malam sekarang “kata Dato Khairi kepada mereka.

Mereka berlima menuju ke meja makan ,sementara menunggu kedatangan Iskandar .

“Is cepat semua dah menunggu Is ni”kata Datin Kamila kepada Iskandar .

“ya ,ma Is tengah turun lah ni”gumam Iskandar.

Rasti kenapa dia boleh ada dekat sin,i papa dengan mama kenal ke dia.

“Is cepat lah apa yang kamu tenung dimuka Rasti tuh”?tanya Datin Kamila .

Datin Risya yang sudah pun mengenali  Iskandar  hanya tersenyum sahaja . Dia tahu Rasti pasti terkejut sedangkan petang tadi dia seolah-olah tidak menyukai Iskandar ,tetapi sebenarnya dia ingin lihat anak nya itu menyimpan rasa cinta kepada Iskandar atau tidak.

Kelihatan Rasti seperti  terkejut dengan sikap Datin Risya yang hanya tersenyum dengan kelakuan Iskandar ,dia tidak seberapa kisah kerana dia sudah mengetahui kedudukan Iskandar ,Iskandar bukan orang yang susah pakaian nya ,cara bercakap ,cara berjalan persis seperti anak orang ternama ,ternyata betul. Iskandar adalah anak tokoh koparat ,ayah nya pernah menolong papa ketika mama sakit dahulu .

“Rasti ,Is makan lah apa yang ditenungnya makanan tuh “kata Dato Khairi sambil mengerling kearah Datin Risya .

Datin Risya yang faham lalu mencuit Rasti agar makan makanan yang sudah tersedia untuk dimakan.
Makan malam di villa Dato Khairi hanya sunyi-sepi hanya kedengaran sudu dan garfu sahaja .
Setelah makan malam selesai , Datin Risya mengajak Datin Kamila untuk berbual di ruang tamu .manakala Dato khairi pula mengajak Dato Ismail ke taman untuk berbual-bual .

Kelihatan Iskandar masih sibuk mentelaah buku-buku rujukan di mini perpustakaan yang memang disedia kan Dato khairi untuk keluarga nya.

“Is ,kenapa tak bagi tahu ,Is ni anak uncle Khairi “?tanya Rasti sambil memandang buku yang dibaca oleh Iskandar .

“mana lah Is tahu ,yang Is tahu kawan papa yang nak datang bukan Rasti yang nak datang”jawab nya sambil menutup buku ditanggan nya.

Keadaan di perpustakaan yang sunyi sepi itu mula di hiburkan dengan gelak ketawa Rasti dan Iskandar .

Thursday, December 8, 2011

BAB 2

Setiba dirumah kelihatan Dato Ismail sedang  menunngu kepulangan anak kesayangan nya. Rasti adalah anak tunggal . Siapa sahaja tidak mengenali Rasti seorang yang pandai dan memiliki kecantikan yang diwarisi oleh mama nya .

“baru balik anak papa ni “sambil mengucup pipi mulus Rasti .

“yelah papa , papa baru balik ke ?”Tanya Rasti . sambil mengucup tanggan Dato Ismail .

“tak lah papa dah lama balik . hari ini papa ingat nak bawak Rasti pergi dinner rumah kawan papa “jawab Dato Ismail .

“hmm , papa ni Rasti malas lah nak pergi ,Rasti banyak homework ni papa “guaman ,Rasti sambil berlalu memasuki villa Dato Ismail .

“tapi sayang papa dah lama nak kenal kan Rasti dengan anak kawan papa itu , “terang Dato Ismail lagi .dia berharap agar Rasti mengubah kembali fikiran nya .

“hmm , okeyhh lah but , kawan papa yang mana ? Rasti pernah jumpa dengan dia ke? Dia pernah datang sini ke pa?tanya Rasti bertubi-tubi .

“nanti Rasti  tahu sendiri lah , cepat pergi mandi , solat , nanti pukul 8 kita bertolak okey sayang 


“jawab Dato Ismail sambil mengiringi Rasti menaiki tangga . dia tidak mahu anak nya itu 
melenggah-lenggah solat .

“hmm ,papa ni “guaman Rasti , sambil menaiki tangga .

Jam menunjukan pukul 8 malam . kelihatan Rasti sudah cantik dengan memakai dress  di serikan lagi dengan solekan nipis . Kelihatan Dato Ismail dan Datin Risya  juga sudah bersiap-siap untuk pergi makan malam di rumah kawan nya .

“Rasti , dah siap ?” Tanya Datin Risya .

“dah ma , Rasti dah lama dah siap . mama dengan papa je yang lambat , sambil menuju ke ruang tamu .

“iyelah tuh , mama dengan papa lambat siap , Rasti tuh yang mandi pun berejam “ kata Dato Ismail dengan nada yang mengusik .

“ish papa ni “guaman Rasti sambil mencubit lenggan Dato Ismail .
Mereka sekeluarga menaiki kereta yang dipandu oleh Dato Ismail . dia sengaja tidak mahu pemandu nya menghantar kerana dia tidak tahu pukul berapa majlis makan malam itu habis .

Setiba di banglo  Dato Khairi mereka sekeluarga disambut mesra oleh keluarga Dato Khairi . 

BAB 1

“Rasti tak balik lagi ke?” Tegur Maria ketika melihat rakan nya masih duduk mentelaah buku di perputakaan.

“belum Rasti kena ganti orang bertugas” jawab Rasti kepada Maria sambil melemparkan senyuman.

Kelihatan keadaan di perpustakaan agak sunyi sepi kerana kebanyakan pelajar sudah pulang kerumah.
Hanya tinggal beberapa pelajar yang masih ingin mengunakkan perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membaca buku . Selain itu ada juga yang ingin memulang dan meminjam buku.

Jam menunjukkan tepat 4.30 petang. Kelihatan Rasti bertungkus-lumus mengemas buku-buku dan menyusun kerusi.
Setelah selesai  mengemas buku dan semua peralatan yang digunakan baru lah dia mengunci pintu.

“hai Rasti balik lambat lagi ke?” tegur Iskandar ketika melihat Rasti sedang menuju ke pejabat untuk memulangkan kunci kepada kerani.

“hai Is , a’ah Rasti kena ganti orang bertugas ,”jawab Rasti sambil melemparkan senyuman kepada Iskandar.

“Rasti balik dengan siapa?”Tanya Iskandar lagi.

“Rasti balik dengan mama , is pula?”Tanya Rasti.

“Is balik jalan kaki aje , lagipun rumah Is bukan jauh sangat dari sekola” jawab Iskandar.

Setiba di pintu pagar ,kelihatan  Datin Risya sedang menungu .

“okeylah Is bye bye , mama Rasti dah sampai dah”kata Rasti kepada Iskandar .
“okeyh bye bye Rasti see u tomorrow “ jawab Iskandar sambil melemparkan senyuman kepada Datin Risya.

“kenapa Rasti balik lambat pula hari ini ?” Tanya Datin Risya kepada Rasti .

“a’ah Rasti kena ganti orang ma”jawab Rasti sambil meneguk air .

“tadi Rasti dah lunch belum ?” Tanya Datin Risya kepada Rasti lagi .

“dah ma , Rasti makan dekat kantin tadi , mama dah makan ke ?” Tanya Rasti kepada Datin Risya .

“mama dah makan dah , tadi tuh siapa Rasti ?” Tanya Datin Risya lagi.

“ouh , tadi tuh Is , nama penuh dia Iskandar , kenapa ma?” Tanya Rasti pula .

Wednesday, December 7, 2011

mungkin kah ?

Hari ini aku masih mengingati mu wahai sayang setiap saat kau sering ada di fikiran ku ,, setiap kali aku terbangun ,,setiap kali aku tersedar kau yang pertama ada di fikiran ku ..kenapa sayang kau sering muncul saat ku tersedar dari mimpi mungkin kah kau jodoh ku .. tapi itu tak mungkin kau meminati orang lain ..hanya yang aku mampu iaitu berdoa agar satu hari kau akan  menerima cinta ku yang tulus ini sayang ku ingin kau mendamping ku ,,, ak rindu saat-saat kita bermain mata ,, ak rindu saat kau menatap wajah ku ,,tanpa pengehtahuan ku ,, lama aku berlamun tanpa mengehtahui kau sedang menatap ku mungkin kah ini perasaan ku ..hmm hati semakin sakit apabila mengehtahui kau bertemu dengan seseorang ..dan aku  tahu orang yang kau suka itu  sempurna tidak seperti aku .
back to top