Thursday, December 8, 2011

BAB 1

“Rasti tak balik lagi ke?” Tegur Maria ketika melihat rakan nya masih duduk mentelaah buku di perputakaan.

“belum Rasti kena ganti orang bertugas” jawab Rasti kepada Maria sambil melemparkan senyuman.

Kelihatan keadaan di perpustakaan agak sunyi sepi kerana kebanyakan pelajar sudah pulang kerumah.
Hanya tinggal beberapa pelajar yang masih ingin mengunakkan perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran atau membaca buku . Selain itu ada juga yang ingin memulang dan meminjam buku.

Jam menunjukkan tepat 4.30 petang. Kelihatan Rasti bertungkus-lumus mengemas buku-buku dan menyusun kerusi.
Setelah selesai  mengemas buku dan semua peralatan yang digunakan baru lah dia mengunci pintu.

“hai Rasti balik lambat lagi ke?” tegur Iskandar ketika melihat Rasti sedang menuju ke pejabat untuk memulangkan kunci kepada kerani.

“hai Is , a’ah Rasti kena ganti orang bertugas ,”jawab Rasti sambil melemparkan senyuman kepada Iskandar.

“Rasti balik dengan siapa?”Tanya Iskandar lagi.

“Rasti balik dengan mama , is pula?”Tanya Rasti.

“Is balik jalan kaki aje , lagipun rumah Is bukan jauh sangat dari sekola” jawab Iskandar.

Setiba di pintu pagar ,kelihatan  Datin Risya sedang menungu .

“okeylah Is bye bye , mama Rasti dah sampai dah”kata Rasti kepada Iskandar .
“okeyh bye bye Rasti see u tomorrow “ jawab Iskandar sambil melemparkan senyuman kepada Datin Risya.

“kenapa Rasti balik lambat pula hari ini ?” Tanya Datin Risya kepada Rasti .

“a’ah Rasti kena ganti orang ma”jawab Rasti sambil meneguk air .

“tadi Rasti dah lunch belum ?” Tanya Datin Risya kepada Rasti lagi .

“dah ma , Rasti makan dekat kantin tadi , mama dah makan ke ?” Tanya Rasti kepada Datin Risya .

“mama dah makan dah , tadi tuh siapa Rasti ?” Tanya Datin Risya lagi.

“ouh , tadi tuh Is , nama penuh dia Iskandar , kenapa ma?” Tanya Rasti pula .

No comments:

Post a Comment

back to top